Faedah Pengambilan Air Kosong

Yusof, R. (2012) Faedah Pengambilan Air Kosong. Buletin FTMK . pp. 32-33. ISSN 2229-9351

[img]Archive (ZIP)
4Mb
[img]
Preview
Image (JPEG) - Published Version
2430Kb

Abstract

Maklumat yang telah lama diketahui umum ialah 70 peratus dari tubuh badan kita terdiri daripada air. Otak dan darah merupakan dua organ utama yang dikenalpasti mempunyai kadar air melebihi 70 peratus. Otak kita dikenalpasti mengandungi air sebanyak 90 peratus manakala darah pula 95 peratus. Secara normal, sehari kita memerlukan sebanyak 2 liter atau 8 gelas air. Untuk perokok, jumlah air tersebut perlu ditambah sebanyak 1 liter lagi. Air ini diperlukan untuk menggantikan air yang telah dirembeskan oleh sistem badan melalui proses perpeluhan, pernafasan dan perkumuhan. Para doktor juga telah menggalakkan agar kita semua mengambil 8 hingga 10 gelas setiap hari untuk memastikan proses metabolisma badan berjalan dengan lancar dan normal. Sekiranya pengambilan air kita kurang dari 8 gelas sehari, kesannya pada awal memang tidak kelihatan. Ini adalah kerana tubuh badan kita akan cuba menyeimbangkan diri dengan mengambil sumber air dari komponen tubuh kita sendiri seperti dari darah. Ianya akan menyebabkan darah menjadi pekat dan tugas darah sebagai alat pengangkutan oksigen dan zat-zat makanan akan terganggu. Untuk jangkamasa yang panjang, ianya amat berbahaya ke atas tubuh badan kita. Darah yang pekat ini akan melepasi organ buah pinggang yang bertindak sebagai alat untuk menapis racun dari darah. Buah pinggang mempunyai sistem penapis yang sangat halus dan ianya perlu bekerja lebih kuat untuk menapis darah yang pekat ini. Akibatnya, kemungkinan besar buah pinggang akan rosak dan hemodialisis perlu dilakukan.

Item Type:Article
Subjects:R Medicine > R Medicine (General)
Divisions:Faculty of Information and Communication Technology > Department of System and Computer Communication
ID Code:5828
Deposited By:Dr. Robiah Yusof
Deposited On:14 Nov 2012 22:48
Last Modified:14 Nov 2012 22:48

Repository Staff Only: item control page