Kajian Terhadap Kesesuaian Rekabentuk Pengewap Yang Digunakan Dalam Kenderaan LPG

Justin, Lasa (2009) Kajian Terhadap Kesesuaian Rekabentuk Pengewap Yang Digunakan Dalam Kenderaan LPG. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img]PDF (24 Pages) - Submitted Version
417Kb
[img]PDF (Full Taxt) - Submitted Version
Restricted to Registered users only

2128Kb

Official URL: http://library.utem.edu.my:8000/elmu/index.jsp?mod...

Abstract

Projek Sarjana Muda 1 merupakan satu kajian ilmiah dan saintifik yang berkaitan dengan bidang pengajian di Fakulti yang wajib diambil oleh setiap pelajar tahun akhir sebagai memenuhi salah satu syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Setiap pelajar dikehendaki menyiapkan satu laporan lengkap berkenaan dengan tajuk projek yang telah dipersetujui sebelumnya. Saya sebagai salah seorang pelajar yang telah mengambil subjek ini telah menyiapkan laporan ini dibawah tajuk kajian terhadap rekabentuk sebuah Pengewap yang digunakan dalam Gas petroleum Cecair (LPG) sistem. Kajian ini merangkumi kesesuaian rekabentuk Pengewap yang boleh berfungsi pada tahap terbaik. Dalam kajian ini, saya menggunakan perisian Solidworks 2003 untuk mengkaji rekabentuk Pengewap (Vaporiser) yang digunakan dalam kenderaan bi-fuel seterusnya mengubahsuai rekabentuk yang sedia ada supaya prestasi Pengewap dapat dipertingkatkan. Selain itu, kajian ini juga melibatkan pembelajaran tentang keseluruhan sistem LPG dalam automobil secara ringkas dan secara lengkap dalam rekabentuk Pengewap. Secara praktikalnya dalam kajian ini, saya telah membuka dan memasang serta melihat secara terus rekabentuk dan komponen-komponen Pengewap tersebut. Lanjutan aktiviti bagi PSM 1 ialah dengan menghasilkan sebuah model pengewap menggunakan rapid proto-typing (RP) dan menjalankan ujian tahap keselamatan ke atas komponen tersebut iaitu semasa PSM 2. Skop kajian juga melibatkan perbincangan terhadap keputusan analisis yang dijalankan dan aplikasi pemindahan haba melalui fin yang diguanakan dalam pengewap. Kajian berkenaan tajuk dijalankan secara berkumpulan dan dibawah bimbingan Dr. Mohd. Yusoff selaku penyelia projek. Semua proses dan keputusan bagi projek ini diterangkan secara terperinci dalam Laporan PSM.

Item Type:Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords:Evaporators -- Design and construction, Liquefied petroleum gas
Subjects:T Technology > T Technology (General)
T Technology > TP Chemical technology
Divisions:Library > Projek Sarjana Muda > FKM
ID Code:5778
Deposited By:Mr. Thaqif Mohd Isa
Deposited On:12 Sep 2012 15:39
Last Modified:12 Sep 2012 15:39

Repository Staff Only: item control page